• MAM

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
    (Artikel ini disunting pada 7 Julai 2023)

    Selamat datang ke maktabadabi.com.

    Maktab Adabi Maharani masih lagi beroperasi di Muar. Bermula pada tahun 1972 ketika itu Maktab Adabi bertempat di Lorong Adabi, Jalan Khalidi. Sekarang kami berada di Parit Sakai, Jalan Temenggung Ahmad bersebelahan dengan Masjid Al-Manar Parit Sakai. Kami menyediakan sistem persekolahan sekolah harian bagi pelajar-pelajar yang ingin mengambil peperiksaan SPM. Bagi pelajar-pelajar yang tinggal di luar daerah Muar, kami menyediakan asrama untuk tempat tinggal.

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi En. Zakaria (016-2819422) atau Pn. Laili (011-2102 6350)

    MAKTAB ADABI PANORAMA

    Laman web ini disediakan terutamanya kepada pelajar yang berdaftar dengan Maktab Adabi Maharani Muar, sama ada calon sekolah sepenuh masa atau calon persendirian.

    Maktab Adabi Maharani Online ini dibangunkan untuk kemudahan pelajar mengakses bahan-bahan pembelajaran sebagai persediaan untuk pelajar menghadapi peperiksaan SPM. Di dalam laman web ini disediakan pelbagai bahan pembelajaran seperti nota multimedia berbentuk video, audio, gambar, rajah, dokumen berbentuk pdf, docx, slide dan lain-lain. Bahan-bahan ini diolah dan disusun mengikut sukatan mata pelajaran. Latihan-latihan juga disediakan supaya pelajar dapat mengukur tahap kefahaman mereka dalam sesuatu topik.

    Selamat belajar.



Site announcements

Sesi Persekolahan Bermula

بواسطة - Cikgu Azhar

Sesi persekolahan Maktab Adabi Maharani akan bermula pada 28 Jun 2020 ini. Pelajar hendaklah mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan sewaktu berada di sekolah. Untuk makluman pelajar laluan masuk ke kelas dan laluan keluar kelas tidak seperti biasa. Apabila pelajar sampai ke sekolah, pelajar dikehendaki mengikuti anak panah laluan masuk dan seterusnya kedatangan dan suhu setiap pelajar akan di ambil . Sekiranya kena beratur, sila ikuti tanda penjarakan yang ada di lantai. Taklimat selanjutnya akan disampaikan di sekolah.